Friday 7 December 2012

FUTSAL TIME ! GIRLGIRL GROUP



Okay, ni pic group girlgirl kita orang. Time ni kita orang pergi main futsal. Happening kot, seronok sesangat. Nak tahu tak, time kita orang berfutsal hari tuhh kita orang bukan tendang bola, benda lain yang kita orang tendang. HAHAHA, time nak sepak bola ada je kaki kawan lain yang jadi mangsa untuk disepak. Memang best kalau nak lepas geram. HOHO ! Selain daripada itu, disitu style yang budak perempuan suka buat bila jatuh je suka hempap-hempap orang. Fuhh ! sakit dia boleh membawak ke hospital laa katakan. Kalau badan orang yang hempap tuhh kecik molek takpe lagi. Tapi kalau dah badan macam ''ehem-ehem'' paham paham laa kan. Ini semua gara gara kejar bola punya pasal. Lagi satu, dia orang ni jenis kalau bola tu bergolek, tuhh haa dua-dua group kejar. Takde posisi laa katakan. HAHA ! Kadang-kadang gawang gol pun takde orang jaga ''lawak betul'' . Apa-apa pun memang ENJOY laa .

PELATIH GMIB 2012




Inilah wajah rakan sepasukan saya yang sering membantu apabila semua tugasan yang telah diberi oleh cikgu kami sendiri. Nama disetiap gambar itu, dari kiri Syazwani, Azmie & Amiera. Kalau nak tahu kita orang suka berkongsi idea apabila membuat sesuatu tugasan ataupun kerja.

L-A-N-G-K-A-W-I



Okay, time ni kita orang pergi khusus MAYC dekat Langkawi selama 3hari 2malam. Baju oren hitam tuhh awesome kan ? HAHA ! Macam-macam aktiviti yang kita orang lakukan disini salah satunya berkayak, sukaneka, jungle tracking dan pelbagai lagi. Pengalaman yang tak dapat dilupakan time sesi bergambar. Perghhh ! panas dohh . tengahari terik dalam pukul 1 kita orang snap gambar . Apa-apa pun memang terbaik laa .

Tuesday 4 December 2012

Kisah GMIB

assalammualaikum ,

1) hari ini saya nak berkongsi pasal kemasukkan kita orang di GiatMara Ipoh Barat (GMIB) . Sebenarnya yang kita orang buat ini semata mata untuk assignment kita orang . Okay, pada asalnya memang tidak ada niat pun nak masuk GMIB ini, tetapi disebabkan atas arahan keluarga kami memasuki . Nak dijadikan cerita, hari pertama masuk GMIB ini semestinya di interview . Time interview kita orang dapat cikgu bernama Cikgu Nizam . Perghhh ! dia punya soal bermacam macam soalan ditanya . Tapi bila dah beberapa bulan kenal baru kita orang tahu Cikgu Nizam ini sporting orangnya . Selain itu, kita orang dapat ramai kawan apabila berada di GMIB dan bermacam macam aktiviti dilakukan . Memang best laa ! Tapi yang paling tak boleh dilupai waktu sesi suai kenal . Setiap seorang harus mengetahui nama setiap pelajar secara bergilir gilir didalam bulatan kecil seorang demi seorang. Tapi memang lawak ! semua duk pakat sebut nama kawan yang tak betul . Time itu la kita orang mula mengeratkan hubungan silaturahim .

2) bila dah kenal kawan kawan , mulalah ada yang berpuak , lepak dengan geng dia orang je , tapi bila dah lama lama tu barulah dapat ngam dengan semua orang. (tapi ada gak berpuak puak). Time kita orang diumumkan kelas apa nak kena masuk , time tu pakat pakat nak masuk dengan geng masing masing , tapi terpisah jugak .Kita orang dibahagikan kepada 2 kelas,bengkel A dengan bengkel B . Setiap pagi pulak kena beratur,nyanyi lagu negaraku dan 1malaysia,baca doa,hafazan dan public speaking . waktu first time dapat tahu rasa macam lawak pun gila . Macam budak sekolah kot ! Serius rasa nak nangis,kentut semua ada . So kita orang terpaksalah '' menghafal '' lirik lagu yang memang disukai ramai . 1malaysia lah katakan . Time tu ramailah nak tunjuk bakat terpendam , suara paling sedap katakan . Time public speaking pulak,kita orang kena menceritakan 1 topik yang general dan berpengalaman, time tu lah macam macam cerita yang keluar, biodata saya lah, my pet lah, and so on . Waktu tu tak payah cakaplah pecah perut dibuatnya disebabkan dengan pelbagai ragam dia orang . Time hafazan pula, kita orang kena hafal surah lazim, waktu tu kita orang boleh lihat ramai sebenarnya yang tak boleh baca, terutama lelaki (apa nak jadilah dengan lelaki zaman sekarang) . Bila dah habis perhimpunan pagi, kita orang pun masuk kelas masing masing untuk belajar.


3) Bila dah waktu pembelajaran, memang macam macamlah belajar . Ada jugak dikalangan kelas kita orang yang tak pernah kenal pasal komputer pun . kesiannya . . paling best sekali bab 3, bukak bukak komputer lah, bukaknya pandai, nak pasang balik memang tunggang langgang, terbalik lah, sampai ada komputer yang terbakar kot . (gempak betul !) . Yang baru baru sekali yang kita orang belajar ialah bab 12 . Kena buat muka depan majalah yang tajuknya NOSTALGIA . .(memang mggamit memori betul) . Kena buat muka kita orang muka kita orang sendiri pulak tu,secara individu, lepas tu kena buat pelan Giatmara dan video . Pasal video ni pulak, memang lawaklah kita orang buat . (kita orang tu merujuk pada ahli kumpulan kita orang iaitu amira, azmie, wanie.) Video pasal dalam berpacaran . Video tu memang merepek repek, tapi memang enjoy lah buat video tu, thanks pada mereka yang dah terlibat video tu  (jasamu akan dikenang, dikenang ke ....?hee) .Sekarang ni kita orang tengah nak belajar buat blog . Tu pasal kena tulis karangan panjang lebar . Aktiviti akan datang pula kita orang buat majlis perpisahan, berpisahlah sangat....huhu . Sekarang ni tengah dalam persiapan, so ak boleh nak cerita pasal majlis ni . Aktiviti keduanya pula majlis graduasi, tak sabar pulak rasanya nak pegi,pakai jubah kot...(gempak kot !) nampak macam budak '' U '' kan . Jadilah dari tak merasakan, nak masuk '' U '' pun tak kesampaian sebab pandai sangat..hehehee