Tuesday, 4 December 2012
2) bila dah kenal kawan kawan , mulalah ada yang berpuak , lepak dengan geng dia orang je , tapi bila dah lama lama tu barulah dapat ngam dengan semua orang. (tapi ada gak berpuak puak). Time kita orang diumumkan kelas apa nak kena masuk , time tu pakat pakat nak masuk dengan geng masing masing , tapi terpisah jugak .Kita orang dibahagikan kepada 2 kelas,bengkel A dengan bengkel B . Setiap pagi pulak kena beratur,nyanyi lagu negaraku dan 1malaysia,baca doa,hafazan dan public speaking . waktu first time dapat tahu rasa macam lawak pun gila . Macam budak sekolah kot ! Serius rasa nak nangis,kentut semua ada . So kita orang terpaksalah '' menghafal '' lirik lagu yang memang disukai ramai . 1malaysia lah katakan . Time tu ramailah nak tunjuk bakat terpendam , suara paling sedap katakan . Time public speaking pulak,kita orang kena menceritakan 1 topik yang general dan berpengalaman, time tu lah macam macam cerita yang keluar, biodata saya lah, my pet lah, and so on . Waktu tu tak payah cakaplah pecah perut dibuatnya disebabkan dengan pelbagai ragam dia orang . Time hafazan pula, kita orang kena hafal surah lazim, waktu tu kita orang boleh lihat ramai sebenarnya yang tak boleh baca, terutama lelaki (apa nak jadilah dengan lelaki zaman sekarang) . Bila dah habis perhimpunan pagi, kita orang pun masuk kelas masing masing untuk belajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment