assalammualaikum ,
1) hari ini saya nak berkongsi pasal kemasukkan kita orang di GiatMara Ipoh Barat (GMIB) . Sebenarnya yang kita orang buat ini semata mata untuk assignment kita orang . Okay, pada asalnya memang tidak ada niat pun nak masuk GMIB ini, tetapi disebabkan atas arahan keluarga kami memasuki . Nak dijadikan cerita, hari pertama masuk GMIB ini semestinya di interview . Time interview kita orang dapat cikgu bernama Cikgu Nizam . Perghhh ! dia punya soal bermacam macam soalan ditanya . Tapi bila dah beberapa bulan kenal baru kita orang tahu Cikgu Nizam ini sporting orangnya . Selain itu, kita orang dapat ramai kawan apabila berada di GMIB dan bermacam macam aktiviti dilakukan . Memang best laa ! Tapi yang paling tak boleh dilupai waktu sesi suai kenal . Setiap seorang harus mengetahui nama setiap pelajar secara bergilir gilir didalam bulatan kecil seorang demi seorang. Tapi memang lawak ! semua duk pakat sebut nama kawan yang tak betul . Time itu la kita orang mula mengeratkan hubungan silaturahim .
No comments:
Post a Comment